Taakulan NPOV Wikipedia:Pandangan_berkecuali

Wikipedia adalah sebuah ensiklopedia am, iaitu ia adalah gambaran pengetahuan manusia pada suatu tahap keumuman. Akan tetapi manusia tidak bersetuju tentang kes-kes yang tertentu; bagi mana-mana satu topik yang mempunyai pandangan yang bersaingan, setiap pandangan merupakan gagasan yang berbeza tentang kebenaran itu, dan sejauh yang mana pandangan itu menyangkal pandangan-pandangan yang lain, penyokong-penyokongnya akan menganggap pandangan-pandangan itu salah dan oleh itu, bukannya pengetahuan. Di mana terdapatnya pertentangan pendapat terhadap apakah yang merupakan kebenaran, di situ juga terdapatnya pertikaian tentang apa yang merupakan pengetahuan. Wikipedia dapat berjaya kerana ia merupakan usaha sama; tetapi sewaktu bekerja bersama-sama, bagaimanakah kita dapat menyelesaikan masalah perang penyuntingan, umpamanya seorang pengguna menegaskan p, dan kemudiannya pengguna yang lain menukarkan teksnya supaya menegaskan bahawa ia bukannya p?

Satu penyelesaian bagi tujuan mengerjakan Wikipedia adalah untuk kita bersetuju bahawa "pengetahuan manusia" merangkumi kesemua teori penting yang berbeza-beza bagi setiap topik. Oleh itu, kita terikat matlamat untuk menggambarkan pengetahuan manusia kepada erti kata itu. Sesuatu yang sebegini harus merupakan erti kata yang mempunyai kedudukan yang mantap untuk istilah "pengetahuan"; dengan erti kata ini, apa yang "diketahui" sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Orang Eropah pada Zaman Pertengahan "tahu" bahawa hantu mengakibatkan penyakit. Kini, kita "tahu" bahawa hantu tidak mengakibatkannya.

Kita boleh membuat rumusan terhadap pengetahuan manusia (dengan erti kata itu) dalam cara yang berat sebelah: kita menyatakan satu siri teori tentang topik T, dan kemudiannya mendakwa bahawa kebenaran T ialah ini dan ini. Tetapi pertimbangkanlah bahawa Wikipedia merupakan sebuah projek usaha sama antarabangsa. Hampir tiap-tiap sudut pandangan untuk setiap perkara akan didapati daripada kalangan penulis dan pembacanya. Untuk mengelakkan perang penyuntingan, kita boleh bersetuju untuk menggambarkan setiap pandangan yang penting dengan adil, serta tidak menegaskan mana-mana satunya adalah betul. Itulah yang menjadikan sebuah rencana tidak berat sebelah ataupun yang berkecuali dengan erti kata yang dimaksudkan di sini. Untuk menulis dari sudut pandangan berkecuali, seseorang penulis menggambarkan sudut pandangan yang menimbulkan perbalahan tanpa menegaskannya; untuk mencapai itu, adalah mencukupi jika sudut pandangan yang bertentangan itu digambarkan dengan cara yang lebih kurang dapat diterima oleh penyokong-penyokongnya. Penyokong-penyokong untuk sudut pandangan itu juga harus dinyatakan. Pertikaian disifatkan di Wikipedia, bukannya dipertikaikan semula.

Bagi merumuskan alasan-alasan utama untuk polisi ini: Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia, iaitu suatu penyusunan pengetahuan manusia. Tetapi oleh sebab Wikipedia ialah sumber antarabangsa yang dibina oleh komuniti, kita tidak boleh menganggap bahawa kesemua rakan usaha sama akan bersetuju terhadap setiap kes, ataupun dalam banyak kes, tentang apa yang merupakan pengetahuan dengan erti kata yang sebenarnya.

Oleh itu, kita boleh menggunakan erti kata "pengetahuan manusia" yang lebih longgar untuk merangkumi berbagai-bagai teori yang bertentangan. Sebagai individu serta secara bersama-sama, kita harus berusaha untuk menggambarkan pandangan-pandangan yang bertentangan secara adil, tanpa memihak mana-mana satunya, dengan pembatasan bahawa pandangan-pandangan yang cuma disokong oleh sebahagian yang amat kecil tidak harus diwajahkan seolah-olah ia merupakan pandangan minoriti yang penting, dan mungkinnya, ia langsung harus tidak dikemukakan.

Terdapatnya lagi satu alasan yang kukuh untuk mengikatkan kita kepada polisi ini. Sewaktu ia telah jelas bahawa pembaca-pembaca tidak dikehendaki memilih mana-mana satu pendapat yang tertentu, mereka berasa bebas untuk membuat keputusan sendiri, dan ini akan menggalakkan kebebasan intelek.

Kerajaan-kerajaan totalitarian dan institusi-institusi dogmatik di mana-mana sahaja akan mencari sebab-sebab untuk menentangi Wikipedia, jika kita berjaya untuk berpegang teguh pada polisi nyah berat sebelah: penyampaian banyak teori yang bertentangan terhadap pelbagai perkara yang meluas mengatakan bahawa kita, iaitu pencipta-pencipta Wikipedia, percaya terhadap keupayaan pembaca-pembacanya untuk membentukkan pendapat mereka sendiri. Teks yang menyampaikan sudut pandangan berbilang yang adil tanpa mendesak pembaca bersetuju dengan mana-mana satunya, adalah amat membebas. Keberkecualian mengelakkan dogmatisme, dan hampir kesemua orang yang mengerjakan Wikipedia dapat bersetuju bahawa ini adalah perkara baik.

Rujukan

WikiPedia: Wikipedia:Pandangan_berkecuali http://absoluteshakespeare.com/william_shakespeare... http://www2.localaccess.com/marlowe/pamphlet/pamph... http://nupedia.8media.org/policy.shtml#nonbias http://web.archive.org/web/20010416035757/http://w... http://www.cjr.org/issues/2004/6/mooney-science.as... http://www.idrewthis.org/2004/bothsides.html http://meta.wikimedia.org/wiki/Neutral_point_of_vi... http://en.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler http://en.wikipedia.org/wiki/User:Jimbo_Wales http://en.wikipedia.org/wiki/User:Karada